ARMY Lega Lihat Foto Terkini Jin BTS Dalam Uniform Tentera

Umum sedia maklum salah seorang ahli kumpulan K-pop terkenal dunia, BTS iaitu Jin sedang menjalani latihan ketenteraan wajib Korea Selatan.

army lega lihat foto terkini jin bts dalam uniform tentera

Selepas menyepi sejak beberapa minggu mendaftarkan diri ke kem ketenteraan, penyanyi berusia 30 tahun itu telah membuatkan peminatnya yang terdiri daripada ARMY, panggilan untuk peminat kumpulan BTS, berasa lega dan gembira.

 

Jin dilihat segak dalam sepersalinan uniform tentera, kasut boot dan juga beret.

army lega lihat foto terkini jin bts dalam uniform tentera

Beliau turut berkongsi pesanan buat para peminatnya yang berbunyi;

“Saya sedang berseronok. Saya menyiarkan foto ini dengan kebenaran daripada tentera. ARMY, sentiasa gembira dan kekal sihat.”

army lega lihat foto terkini jin bts dalam uniform tentera

Sebelum ini, Jin telah mendaftar pada 13 Disember yang lalu di pusat latihan rekrut Divisyen Infantri ke-5 di Yeoncheon County Gyeonggi dan dijangka akan meneruskan khidmat sebagai penolong tenaga pengajar dalam batalion yang sama.

army lega lihat foto terkini jin bts dalam uniform tentera

Kumpulan BTS juga dilaporkan akan kembali bersatu sekitar tahun 2025 selepas ahlinya selesai menjalani latihan ketenteraan.

 

Sumber: Billboard