Argentina Atau Perancis Juara Piala Dunia 2022?

Perebutan gelaran juara Piala Dunia Qatar semakin menghampiri ke penghujung.

 

Semalam, aksi separuh akhir menyaksikan Argentina mara ke final selepas tewaskan Croatia 3-0.

 

Manakala Perancis kalahkan Maghribi 2-0 pagi tadi untuk tempah slot ke final.

 

Ini bermakna Perancis akan buat perhitungan dengan Argentina bagi menentukan juara Piala Dunia edisi kali ini.

 

Bagi Argentina, sudah pasti tumpuan terarah kepada kaptennya, Lionel Messi memandangkan ini Piala Dunia terakhirnya.

argentina atau perancis juara piala dunia 2022?

Pada aksi separuh akhir semalam, banyak rekod berjaya dicipta oleh penyerang berpengalaman itu.

 

Ia merupakan penampilan ke-25 Messi dalam Piala Dunia sekaligus menyamai rekod penampilan terbanyak bekas pemain Jerman, Lothar Matthaus dalam sejarah kejohanan berprestij itu.

 

Messi akan jadi pemain dengan penampilan terbanyak di Piala Dunia memandangkan sudah hampir pasti dia akan diturunkan pada aksi final nanti.

 

Messi meledak 1 gol pada separuh akhir untuk muncul sebagai penjaring terbanyak Argentina dalam Piala Dunia dengan 11 gol.

 

Maka leburlah rekod 10 gol yang dicatatkan oleh pemain legenda, Gabriel Batistuta.

 

Bukan itu sahaja, Messi turut muncul pemain pertama sejak 1966 yang berjaya menjaringkan gol dan melakukan assist dalam 4 perlawanan 

Piala Dunia.

 

Hebat Messi! 

 

Perancis pun tidak kurang hebatnya.

 

Ini merupakan kali kedua berturut-turut skuad kendalian Didier Deschamps mara ke final.

 

Ia sekaligus menjadikan Perancis muncul pasukan pertama berbuat demikian selepas dilakukan Brazil pada 2002 dan menamatkan badi juara Piala Dunia yang dialami Itali, Sepanyol, dan Jerman sebelum ini.

argentina atau perancis juara piala dunia 2022?

Aksi final berdepan Argentina Ahad ini juga merupakan pentas akhir ke-4 buat Perancis dalam 7 edisi terakhir Piala Dunia.

 

Kiranya pengalaman Perancis beraksi di pentas final ni luas kalau nak dibandingkan dengan pasukan lain.

 

Apa-apa pun kita tunggu Ahad nanti.

 

Pasukan mana yang bakal memenangi Piala Dunia Qatar 2022.

 

Adakah Perancis berpeluang muncul sebagai pasukan pertama menjuarai Piala Dunia untuk 2 edisi berturut-turut dalam tempoh 60 tahun?

 

Atau Lionel Messi berjaya ikut jejak langkah idolanya, Maradona yang bawa Argentina julang trofi Piala Dunia pada 1986?

 

Sama-sama kita tunggu!

 

Oleh Izzati Amir