Arab Saudi Lancar Teknologi Sentuh Hajar Aswad Secara Maya

Arab Saudi kini telah melancarkan satu inisiatif yang membolehkan para bakal jemaah menyentuh Hajar Aswad secara maya.

arab saudi lancar kemudahan sentuh hajar aswad secara maya

Dikenali sebagai "Virtual Black Stone", iaitu Hajar Aswad maya, inisiatif ini dilancarkan oleh pihak berkuasa Jabatan Tapak Suci Islam, seperti yang dikongsikan akaun rasmi Twitter Haramain Sharifain.

 

Inisiatif ini membolehkan batu hitam tersebut disentuh secara maya menerusi kemudahan teknologi realiti maya atau VR, lapor middleeast.in-24.

arab saudi lancar kemudahan sentuh hajar aswad secara maya

Hajar Aswad maya ini dilancarkan oleh Presiden Umum Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Sheikh Dr. Abdul Rahman bin Abdulaziz Al-Sudais di pejabatnya dan ia akan digunakan sebagai pameran di 'Exhibition Of The Two Holy Mosques Architecture' di Mekah.

 

 

Menurut beliau, inisiatif ini diharapkan dapat mewujudkan simulasi keadaan sebenar, sekaligus merangsang sebanyak mungkin deria seperti daya penglihatan, pendengaran, sentuhan dan suasana di sekelilingnya.

 

 

Sumber: [1]