Tak Nampak Anak Bulan, Arab Saudi Mula Puasa Hari Khamis

Negara Arab Saudi dan juga Kuwait akan mula berpuasa 1 Ramadan pada Khamis.

tak nampak anak bulan, arab saudi mula puasa hari khamis

Ia selepas anak bulan tidak kelihatan pada Selasa, sekaligus menetapkan 22 Mac iaitu Rabu sebagai hari terakhir bulan Syaaban.

 

Perkara itu diumumkan oleh Mahkamah Agung Arab Saudi, semalam.

 

Dalam pada itu, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) telah menetapkan waktu bekerja rasmi pada bulan Ramadan iaitu Isnin hingga Khamis, dari jam 9 pagi sehingga 2.30 petang. Manakala pada Jumaat pula dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari.

 

Waktu bekerja itu adalah melibatkan pekerja awam dan pihak berkuasa Persekutuan, manakala bagi sektor swasta pula syif kerja akan dikurangkan dua jam sepanjang Ramadan ini.

 

Dalam pada itu, negara United Kingdom juga akan mula berpuasa pada Khamis, 23 Mac 2023.

 

Sumber: Astro AWANI