Piala Dunia baru sahaja buka tirainya secara rasmi Ahad lalu.
Tapi 2 kejutan telah pun dicipta oleh Arab Saudi dan Jepun.
Kelmarin, Arab Saudi kejutkan Argentina 2-1 pada aksi kumpulan C.
Jaringan penalti kapten Argentina, Lionel Messi seawal minit ke-10 nampaknya tidak patahkan semangat barisan pemain Arab Saudi untuk bangkit dengan 2 gol pada babak kedua perlawanan.
Untuk rekod, Arab Saudi pernah memenangi hanya 3 perlawanan Piala Dunia sebelum ini manakala Argentina yang dianggap pasukan pilihan pernah menjuarai Piala Dunia pada 1978 and 1986.
Sempena meraikan kejayaan itu, Raja Arab Saudi isytihar semalam sebagai cuti umum buat rakyatnya.
Jepun pun tak kurang hebatnya apabila cipta kejutan menang 2-1 ke atas Jerman pada aksi kumpulan E.
Ketinggalan 1 gol pada babak pertama, Jepun bangkit dengan 2 gol pada babak kedua.
Ironinya, kedua-dua penjaring gol untuk Jepun iaitu Ritsu Doan dan Takuma Atsano beraksi di Liga Jerman!
Jepun kini berkongsi 3 mata dengan Sepanyol yang belasah Costa Rica 7-0 untuk berada di tangga teratas kumpulan.
Mungkinkah ada lagi kejutan lain lepas ni?
Tungguuuu aksi Piala Dunia yang seterusnyaaa..
Oleh Izzati Amir