Kini Dah Boleh Buat Temu Janji Rawatan Pergigian Guna MySejahtera!

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini telah memperkenalkan sistem janji temu melalui aplikasi MySejahtera untuk perkhidmatan kesihatan pergigian bermula semalam.

 

Langkah ini menurut KKM dijangka akan meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan pergigian dan kemudahan akses ke klinik pergigian, selain daripada kaedah ‘walk-in’ yang masih diteruskan.

kini dah boleh buat temu janji rawatan pergigian guna mysejahtera!

Orang ramai kini boleh menempah perkhidmatan pemeriksaan kesihatan pergigian dan merancang lawatan ke fasiliti kesihatan pergigian mengikut kesesuaian masa melalui aplikasi tersebut.

 

Fungsi peringatan automatik juga akan diperkenalkan di mana orang awam akan diberi notifikasi untuk hadir pada masa dan tarikh yang telah ditempah. Pelanggan akan diberikan pemeriksaan, perundingan atau rawatan pergigian pada janji temu pertama tersebut. Sekiranya rawatan susulan diperlukan, penetapan janji temu seterusnya akan diaturkan melalui MySejahtera.

kini dah boleh buat temu janji rawatan pergigian guna mysejahtera!

Tambah KKM lagi, bagi kes kecemasan pergigian, orang awam boleh hadir terus ke mana-mana klinik pergigian berdekatan tanpa perlu melakukan tempahan janji temu.

 

Pendigitalan sistem janji temu perkhidmatan kesihatan pergigian melalui aplikasi MySejahtera berpotensi meningkatkan efisiensi sistem perkhidmatan penjagaan kesihatan pergigian negara serta tahap kesihatan pelanggan. Langkah ini juga dapat mengukuhkan penjagaan kendiri dan saringan tahap kesihatan pergigian sebagai langkah pengesanan awal penyakit serta pencegahan penyakit pergigian.

kini dah boleh buat temu janji rawatan pergigian guna mysejahtera!

Sumber: Astro AWANI