WhatsApp Tiba-Tiba Tidak Berfungsi Untuk Ribuan Pengguna

Aplikasi permesejan popular, WhatsApp dilaporkan tidak berfungsi dengan sempurna sekitar jam 3 petang tadi.

whatsapp tiba-tiba tidak berfungsi untuk ribuan pengguna

Aplikasi yang dimiliki syarikat Meta ini dilaporkan telah menjejaskan ribuan penggunanya selepas kedua-dua ruangan mesej peribadi serta berkumpulan tidak dapat menghantar atau menerima mesej.

 

Malah Whatsapp Web juga tidak dapat dihubungkan ketika ini.

whatsapp tiba-tiba tidak berfungsi untuk ribuan pengguna

Memetik laporan dari DownDetector, aplikasi itu terjejas kepada pengguna dari beberapa negara termasuk Malaysia.

whatsapp tiba-tiba tidak berfungsi untuk ribuan pengguna

Sehingga kini masih belum ada apa-apa pengumuman rasmi daripada Meta mengenai masalah ini.