Dah Boleh Download, Ramai Pengguna Twitter Kini Mula Gunakan Threads

Hari ini (6 Julai), pengguna media sosial khususnya mereka yang menggunakan Instagram dan Twitter, sudah boleh menggunakan satu lagi aplikasi baharu milik syarikat Meta iaitu Threads.

dah boleh download, ramai pengguna twitter kini mula gunakan threads

Menurut Ketua Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg, dalam masa empat jam selepas Threads dilancarkan, mereka sudah mempunyai lebih lima juta pengguna yang berdaftar.

dah boleh download, ramai pengguna twitter kini mula gunakan threads

Threads merupakan aplikasi teks, gambar dan video yang dikatakan bakal menyaingi aplikasi milik Elon Musk, iaitu Twitter.

 

Aplikasi itu kini boleh dimuat turun kepada semua pengguna secara percuma di Google Play Store dan juga Apple App Store. Pengguna hanya perlu gunakan log masuk Instagram untuk mendapatkan akses kepada Threads sebelum menggunakannya.

 

Follow akaun Thread SYOK BM di sini: https://www.threads.net/@syok.bm

dah boleh download, ramai pengguna twitter kini mula gunakan threads