Garis Pada Langit Dikait Dengan Teori Merepek, Ini Penerangan Sebenar

Pelbagai teknologi telah dicipta pakar di dunia, sama ada ia melibatkan bidang komunikasi, kesihatan, pertahanan dan lain-lain, dengan tujuan memudahkan dan membantu kehidupan manusia.

 

Bagaimanapun, wujud segelintir individu yang mengaitkan pelbagai teori konspirasi dengan penciptaan teknologi masa kini. Kesannya, berlakulah penyebaran berita palsu dan fitnah khasnya di media sosial. Lebih parah, berita palsu ini tersebar meluas dan ramai pula yang percaya propaganda itu meskipun terdapat penjelasan sains disebalik kejadian yang berlaku itu.

 

Misalnya, fenomena langit bergaris yang kononnya terjadi disebabkan kapal terbang membebaskan gas kimia yang bertujuan meracuni pemikiran manusia. Mesej seperti ini didapati tersebar di media sosial seperti Facebook dan WhatsApp hingga ramai juga mempercayainya.

garis pada langit dikait dengan teori merepek, ini penerangan sebenar

Fenomena langit bergaris itu adalah disebut sebagai ‘contrail’ (gabungan perkataan condensation dan trail), terbentuk apabila udara sejuk di langit bertindak balas dengan enjin jet yang panas, lalu berlaku proses kondensasi dan membentuk kristal ais supertepu. Keadaan ini boleh berlaku pada ekzos enjin kerana terdapat perubahan dalaman pada suhu dan kelembapan sekeliling.

garis pada langit dikait dengan teori merepek, ini penerangan sebenar

garis pada langit dikait dengan teori merepek, ini penerangan sebenar

Lihat video ini untuk penerangan lanjut:

 

Maka, tidak timbul isu ‘mengawal minda’ oleh pihak-pihak tertentu seperti yang didakwa golongan konspirasi ini.

 

Sumber: [1]