Apa Beza Wilayah Persekutuan Dengan Negeri Lain Di Malaysia?

1 Februari merupakan hari yang dikhaskan sebagai cuti umum di Wilayah Persekutuan. Ia juga dikenali sebagai Hari Wilayah Persekutuan, dan disambut di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

apa beza wilayah persekutuan dengan negeri lain di malaysia?

Wilayah Persekutuan pertama kali dibentuk pada tahun 1974, dimana ketika itu Kuala Lumpur juga diiktiraf sebagai ibu negara Malaysia.

Sebelumnya, Kuala Lumpur merupakan sebahagian daripada negeri dalam Selangor, sebelum ia diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pada tanggal 1 Februari 1974.

10 tahun kemudian iaitu pada 16 April 1984, Labuan pula diisytihar sebagai Wilayah Persekutuan, diikuti Putrajaya pada 29 Ogos 1995 sebagai Wilayah Persekutuan ketiga.

apa beza wilayah persekutuan dengan negeri lain di malaysia?

Ketiga-tiga wilayah ini ditadbir secara langsung oleh kerajaan Persekutuan Malaysia dan ditadbir di bawah perundangan Kementerian Wilayah Persekutuan. Tidak seperti negeri-negeri lain bagi Malaysia, Wilayah Persekutuan tidak diperintah oleh kerajaan negeri, sebaliknya terletak di bawah pentadbiran Persekutuan dan diperintah oleh Yang di-Pertuan Agong.

Setiap tahun, Hari Wilayah Persekutuan mempunyai temanya sendiri, dimana tahun 2021 ini bertemakan ‘Wilayah Persekutuan Wilayah Prihatin’. Bagaimanapun, sambutan Hari Wilayah Persekutuan tahun ini diraikan dalam suasana norma baharu susulan penularan pandemik COVID-19 serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sumber:

Wikipedia

Astro Awani