Angka Kematian Rakyat Palestin Kini 8,306, Hampir Separuh Kanak-Kanak

Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan tentera pendatang haram Israel kini meningkat kepada 8,306 orang, setakat hari ini (31 Oktober).

angka kematian rakyat palestin kini 8,306, hampir separuh kanak-kanak

Menurut Kementerian Kesihatan, daripada jumlah itu seramai 3,457 mangsa atau 41.6% terdiri daripada kanak-kanak, manakala 2,136 (25.7%) pula adalah wanita.

 

Sementara itu, seramai 21,048 rakyat Palestin cedera akibat serangan udara berterusan rejim Zionis yang memasuki hari ke-23, hinggakan sebanyak 25 hospital terpaksa menangguhkan perkhidmatan mereka akibat dibedil bom.

 

Menurut jurucakap kementerian Ashraf Al-Qedra dalam satu kenyataan akhbar, bekalan darah juga tidak mencukupi untuk menyelamatkan rakyat Palestin yang cedera ketika ini. Untuk itu, beliau menyeru rakyat Palestin untuk menderma darah bagi keperluan mereka yang terjejas.

Kekejaman Israel ketika ini adalah susulan daripada tindak balas yang dicetuskan oleh pejuang Hamas ke atas bandar tentera pendatang haram itu pada 7 Oktober lalu. Setakat ini, sekurang-kurangnya 1,400 orang terkorban di Israel.

 

Sumber: Arab News / BH