Rupanya Elon Musk Ada Anak Ketiga, Dipanggil Dengan Nama Panggilan ‘Tau’

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk kini sudah mempunyai anak ketiga yang tidak pernah didedahkan sebelum ini.

rupanya elon musk ada anak ketiga, dipanggil dengan nama panggilan ‘tau’

Anak dengan bekas pasangannya yang merupakan pemuzik Kanada, Grimes, dinamakan sebagai Techno Mechanicus dan dipanggil dengan panggilan ‘Tau’.

 

Perkara itu didedahkan seorang penulis biografi yang juga seorang wartawan, Walter Isaacson, yang mengesahkan pasangan itu mempunyai anak ketiga, namun tidak didedahkan umur sebenarnya.

rupanya elon musk ada anak ketiga, dipanggil dengan nama panggilan ‘tau’

Termasuk ‘Tau’, Elon kini mempunyai 10 orang anak dengan tiga wanita berbeza.

 

Terdahulu, Musk dan Grimes pertama kali mengumumkan hubungan mereka pada Mei 2018 dan mengumumkan mereka mempunyai dua orang anak.

 

Anak pertama Musk dan Grimes dinamakan dengan X Æ A-Xii, atau X, dan seorang lagi anak perempuan dinamakan sebagai Exa Dark Sideræl Musk, yang dipanggil Y.

 

Musk dan Grimes bagaimanapun berpisah pada 2021.

 

Sumber: Astro AWANI