Anak David Beckham Sanggup Putus Hubungan Cinta Tiga Tahun Demi Ikut Jejak Bapa

Demi mengikut jejak bapa, anak lelaki kedua David Beckham dilaporkan telah memutuskan hubungan dengan teman wanitanya.

anak david beckham sanggup putus hubungan cinta tiga tahun demi ikut jejak bapa

Romeo, 19, dan Mia Regan, 19, telah menjadi pasangan selama tiga tahun.

Difahamkan pasangan muda itu berpisah kerana jadual kerja mereka yang bercanggah berikutan Mia yang merupakan seorang model, berpangkalan di London sementara Romeo pula lebih banyak menghabiskan masa di Amerika Syarikat untuk berlatih sebagai pemain bola sepak.

Perpisahan itu dikatakan berlaku selepas abang Brooklyn, 23, berkahwin dengan Nicola Peltz dalam satu majlis mewah di Palm Beach, Florida.

Terdahulu, terdapat khabar angin bahawa Romeo dan Mia telah membincangkan kemungkinan mengikat tali pertunangan, namun nampaknya ia tidak berlaku susulan perpisahan itu.

Pun begitu, Mia difahamkan akan terus bekerjasama dengan Victoria Beckham untuk barisan fesyennya, kerana ibu bapa Romeo dilaporkan sangat menyayangi gadis itu.

Romeo kini menetap di Miami, yang mana dia bermain sebagai pemain tengah dengan pasukan Miami II yang berpangkalan di Florida, yang dimiliki bersama oleh David Beckham.

Selain Brooklyn dan Romeo, David dan Victoria Beckham juga mempunyai seorang anak lelaki remaja, Cruz, 17, dan anak perempuan, Harper, 11.


Sumber: [1]