Anak Bulan Kelihatan, Umat Islam Di Malaysia Mula Puasa Esok, 23 Mac

Seluruh umat Islam di Malaysia akan mula menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan tahun ini pada 23 Mac 2023, iaitu hari Khamis bersamaan 1 Ramadhan 1444 (Hijrah).

anak bulan kelihatan, umat islam di malaysia mula puasa esok, 23 mac

Pengumuman dibuat secara rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad secara langsung melalui radio dan televisyen sebentar tadi.

 

Kaedah penetapan tarikh permulaan Ramadan adalah berdasarkan rukyah dan hisab, seperti dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja.

 

Justeru, bermula 23 Mac juga umat Islam akan menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari pada bulan Ramadan.

 

Selamat berpuasa!