Lagi Rela Naik Bas, Anak Bongsu David Beckham Malu Ada Ibu Bapa Terkenal

Siapa sangka, anak bongsu kepada pasangan selebriti David dan Victoria Beckham rupanya mempunyai perasaan malu kerana mempunyai ibu dan bapa yang terkenal?

lagi rela naik bas, anak bongsu david beckham malu ada ibu bapa terkenal

Menurut Victoria Beckham, anak perempuannya iaitu Harper Seven Beckham sanggup untuk ke sekolah dengan menaiki bas, daripada dihantar pemandu persendirian menggunakan kereta mewah mereka seperti Rolls Royce.

 

Malah, Harper pernah meminta bapanya untuk memberhentikan kereta jauh daripada pintu pagar sekolah kerana tidak mahu rakan dan orang lain melihatnya turun daripada kereta mewah.

 

“David menghantarnya menggunakan kereta Rolls Royce ketika itu dan tiba-tiba Harper minta diturunkan di tepi jalan.

“Tak hanya itu, dia pernah beritahu mahu menaiki bas sekolah sama seperti rakannya yang lain,” kata Victoria dalam satu temubual podcast Armchair Expert baru-baru ini.

 

Sumber: Daily Mail