Tak Sempat Hidang Masa Raya, Anak Biawak Terjun Masuk Dalam Sambal Sotong

Belum sempat hidangkan sambal sotong untuk dimakan pada Hari Raya, hidangan itu terpaksa dibuang kerana seekor anak biawak terjatuh dari siling rumah ke dalam periuk.

tak sempat hidang masa raya, anak biawak terjun masuk dalam sambal sotong

Tragedi tersebut diceritakan semula oleh Habibi Kassim melalui kumpulan Facebook, Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official baru-baru ini.

 

“Tragedi 4 Syawal. Kisah ‘si tanggang’. Ceritanya, adik perempuan (isteri) sedang memasak, berbual-bual, bergosip-gosip di dapur bersama ibu dan anak-anak tiri semuanya.

"Katanya ingin menunjukkan bakat memasak yang semakin baik. Ibu telah memberikan arahan untuk hanya memasak separuh dan menyimpan sedikit sotong, tetapi disebabkan dia menentang, Allah membayar dengan 'tunai'.

"Tiba-tiba, si biawak itu terjun dari atas siling rumah terus jatuh ke dalam periuk sambal sotong yang sedang dimasak," kongsinya semula mengenangkan kejadian tersebut.

tak sempat hidang masa raya, anak biawak terjun masuk dalam sambal sotong

Dia juga menyatakan, disebabkan ‘tragedi’ itu, mereka sekeluarga telah kerugian tiga kilogram (kg) sambal sotong kerana telah tercemar.

 

Dia melanjutkan cerita, anak biawak tersebut mati segera setelah tenggelam dalam sambal yang panas.

 

"Mati segera tanpa sempat meminta tolong. Tetapi dia (anak biawak) sempat menatap adik. Dia trauma sepanjang hari," katanya.

tak sempat hidang masa raya, anak biawak terjun masuk dalam sambal sotong

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengguna Facebook merasa terhibur membaca cerita yang dikongsikan oleh pengguna tersebut. Malah, ada beberapa pengguna lain turut berkongsi pengalaman mereka yang hampir sama dengan insiden ini.

 

"Saya juga pernah terpaksa membuang lima kilogram rendang pada malam raya kerana 'ayah tikus' terjun dari atas rumah kampung ibu saya.

"Kami memasak menu raya di luar rumah kerana dapur kecil, rendang tidak sempat kering, tetapi ada yang terjun masuk, kami sekeluarga benar-benar bersedih, akhirnya pagi raya hanya memasak ayam kicap," kata seorang pengguna bernama Azalina.

 

Sumber: Facebook