Dalam usaha menyelamat mangsa di kawasan pedalaman serta kes kemalangan atas lebuhraya, Malaysia bakal memperkenalkan ambulans udara menjelang hujung tahun ini.
Demikian menurut Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata ambulans udara itu adalah kerjasama KPKT dan KKM dengan menggunakan helikopter milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Ujarnya, jika inisiatif itu dapat direalisasikan, ia akan menjimatkan perbelanjaan kerajaan sekurangnya RM15 juta setahun.
"Satu penggal, lima tahun kita boleh jimat RM75 juta kerana amalan kerajaan dulu, dia outsource (sumber luar) kepada sektor swasta, kosnya RM20 juta setahun.
"Apabila JBPM ambil alih, setahun boleh jimat RM15 juta dan ini adalah satu lagi inisiatif menuju ke arah Malaysia Madani," katanya.
Sumber: Sinar Harian