Amber Heard Berdepan Pertempuran Baru Dengan Syarikat Insurans Berhubung Kes Johnny Depp

Sudah jatuh ditimpa tangga, itulah situasi yang dihadapi bintang Aquaman, Amber Heard yang kini sekali lagi berdepan dengan pertempuran undang-undang melibatkan sebuah syarikat insurans berhubung kes Johnny Depp.

amber heard berdepan pertempuran baru dengan syarikat insurans berhubung kes johnny depp

Menurut New York Marine and General Insurance Company, mereka tidak bertanggungjawab untuk menampung AS$10.4 juta yang diperintahkan juri kepada Heard untuk membayar Johnny Depp selepas tewas dalam kes mahkamah itu, dalam satu tuntutan mahkamah yang difailkan di Los Angeles.

Memetik laporan The Wrap, Heard dilaporkan mempunyai polisi liabiliti komprehensif peribadi bernilai AS$1 juta bersama syarikat insurans yang berpangkalan di New York itu pada 2019, ketika Depp mula menyamannya di mahkamah Virginia kerana memfitnah.

Dia kemudian menyerahkan kes itu kepada New York Marine and General, yang bersetuju untuk menyokong pembelaannya, namun pada masa sama mengingatkannya yang mereka tidak akan menanggung rugi penghakiman.

“Penginsurans tidak bertanggungjawab ke atas kerugian yang disebabkan oleh perbuatan yang disengajakan oleh pihak yang diinsurankan,” tulis syarikat itu dalam pemfailan di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat.

Terdahulu, pihak juri memutuskan bahawa Heard ‘sengaja’ memfitnah Depp dalam Washington Post op-ed, dan memerintahkannya untuk membayar Depp dengan jumlah tertentu.

New York Marine and General tidak mengatakan perkara tersebut secara khusus namun jelasnya, ia menyedari bahawa pasukan Heard percaya mereka berhak mendapat pembayaran insurans itu.

 

Sumber: [1]