Interpol Keluar Amaran Global Berkaitan Penjualan Vaksin COVID-19 Palsu

Ketika semua negara di dunia sedang memberikan vaksin kepada rakyat mereka, wujud sindiket penipuan yang dipercayai menjual vaksin COVID-19 palsu kepada umum.

interpol keluar amaran global berkaitan penjualan vaksin covid-19 palsu

Organisasi Polis Jenayah Antarabangsa (Interpol) dalam satu kenyataan mengingatkan anggota organisasi itu mengenai ancaman berkenaan yang kini direkodkan di 40 buah negara.

 

Penipuan membabitkan pegawai kesihatan dan hospital menerima tawaran palsu untuk mendapatkan bekalan vaksin daripada individu yang tampil memperkenalkan diri sebagai wakil pengeluar vaksin atau agensi kerajaan.

 

Sindiket berkenaan berhubung dengan mangsa melalui penyebaran email peribadi dan kadang kala menggunakan panggilan telefon, sebelum memperdayakan mangsa,

 

Berdasarkan data yang diperoleh makmal farmasi berkaitan penipuan itu, Interpol memutuskan untuk memberi amaran kepada anggotanya, termasuk penggunaan akaun media sosial dan laman web palsu.

 

"Meskipun penipuan ini gagal, penting untuk dilaporkan kepada polis, jadi potensi jaringan sindiket penpipuan ini dapat dikenal pasti.

"Dalam pada itu, selain peringatan yang dikeluarkan Interpol, ia juga amaran kepada pihak berkuasa mengenai ancaman ini," kata Setiausaha Jeneral, Jürgen Stock.

 

Dalam pada itu juga, Interpol telah melancarkan  Pasukan Khas Jenayah Kewangan Global untuk meningkatkan kerjasama dan inovasi antarabangsa terhadap penipuan siber dan pengubahan wang haram oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan terhadap krisis COVID-19.

 

Sumber: [1]