Bahayakan Keselamatan, Hentikan Segera Jual Alat Halang Bunyi Penggera Seat Belt

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) digesa untuk menarik balik penjualan alat menghentikan bunyi amaran penggera tali pinggang keledar kereta kerana ia mempunyai risiko keselamatan besar kepada pengguna.

bahayakan keselamatan, jual alat henti bunyi seat belt digesa di hentikan segera

Penarikan produk itu perlu disegerakan dan dilaksanakan untuk menghentikan pengedaran dan penggunaannya secara berleluasa di negara ini.

 

Alat berkenaan digunakan untuk mematikan bunyi penggera tali pinggang keledar dan membolehkan pemandu serta penumpang memandu tanpa memakai tali keselamatan.

bahayakan keselamatan, jual alat henti bunyi seat belt digesa di hentikan segera

“Walaupun pengeluar produk ini mungkin mengiklankan produk ini sebagai suatu kemudahan tetapi ia sebenarnya bertentangan dengan prinsip-prinsip asas keselamatan jalan raya.

“Tali pinggang keselamatan adalah satu penemuan penting dalam dunia automotif yang direka khas untuk melindungi pemandu dan penumpang daripada kecederaan serius dalam kes kemalangan,” kata Setiausaha Agung Persatuan Pengguna-pengguna Standards Malaysia, Saral James Maniam.

 

Ujarnya, tindakan mematikan atau mengabaikan tali pinggang keledar adalah satu tindakan yang sangat bahaya.

bahayakan keselamatan, jual alat henti bunyi seat belt digesa di hentikan segera

Untuk itu, beliau turut menggalakkan agar JPJ mengambil langkah untuk melarang penjualan dan pengedaran produk sama ada di pasaran mahupun secara online.

 

Sumber: Sinar Harian