Agnes Monica Terpukau Tonton Aksi Dua Pelajar Menari Masa Perhimpunan Sekolah

Baru-baru ini, tular di media sosial aksi dua orang pelajar sekolah sedang menari dengan penuh gaya sambil diperhatikan pelajar lain di kawasan perhimpunan.

agnes monica terpukau tonton aksi dua pelajar menari masa perhimpunan sekolah

Kejadian dilapor berlaku di Sekolah SMPN 1 Ciawi, Ermaini dekat wilayah Bogor di Jawa Barat, Indonesia, telah mencuri perhatian warganet dengan pelbagai reaksi berbeza.

 

Ada warganet yang memuji aksi tarian penuh bergaya dua pelajar ini, malah tak kurang ada juga yang mengecam kerana ia menjadi contoh yang tidak baik kepada generasi muda masa kini.

“Generasi muda Islam sudah mula terpengaruh dengan budaya asing, sekolah memasukkan kurikulum tarian dalam bahan pembelajaran mereka. Kenapa masih leka melihat generasi pelapis bangsa rosak seperti ini,” tulis seorang warga net.

 

Bagaimanapun pengetua sekolah terbabit mempertahankan pelajarnya yang tular dalam video tersebut.

agnes monica terpukau tonton aksi dua pelajar menari masa perhimpunan sekolah

Jelas pengetua itu, dua pelajarnya bernama Keysha Aditia dan Devina Anindita merupakan atlet sukan tari yang berjaya memenangi pingat emas dalam satu pertandingan baru-baru ini.

agnes monica terpukau tonton aksi dua pelajar menari masa perhimpunan sekolah

Aksi tarian dua pelajar itu turut berjaya mencuri perhatian penyanyi, Agnes Monica yang mahu bertemu dan mengucapkan tahniah kepada dua pelajar itu secara peribadi.

 

“Tolong cari mereka supaya saya secara peribadi boleh mengucapkan tahniah kepada mereka.

“Prestasi seperti ini amat membanggakan. Bakat ini bukan sesuatu untuk disembunyikan malah memalukan,” kata Agnes menerusi Instagram Story.

 

Dalam perkembangan sama, dua pelajar itu telah pun bertemu penyanyi ini dan turut mempersembahkan tarian mereka kepadanya secara langsung.

agnes monica terpukau tonton aksi dua pelajar menari masa perhimpunan sekolah

Sumber: Utusan / Instagram