Lebih Ekslusif, Aplikasi BBC Player Kini Berada Di Astro! Ini Cara Nak Akses

Bermula hari ini, 15 Disember 2022, aplikasi BBC Player kini berada di Astro yang mana akan memberikan pelanggan pengalaman menonton yang lebih menakjubkan dengan gabungan unik kandungan yang merangkumi dokumentari bertaraf dunia, drama premium British, program gaya hidup yang bermanfaat, kandungan kegemaran prasekolah yang menarik dan rancangan-rancangan popular!

lebih ekslusif, aplikasi bbc player kini berada di astro! ini cara nak akses

Dengan BBC Player, penonton akan dapat menstrim program kegemaran mereka daripada lima jenama global BBC yang termasuk BBC First, BBC Brit, BBC Earth, BBC Lifestyle dan CBeebies.

 

Mulai hari ini juga, saksikan kehidupan hidupan liar yang dimainkan dalam Dynasties II dan dapatkan akses eksklusif ke kilang terbesar di Britain dalam musim 7 Inside the Factory (18 Disember) di BBC Earth; saksikan Jamie One-Pan Wonders Christmas specials (22-23 Disember) dan The Great British Bake Off Musim 13 (31 Disember) di BBC Lifestyle; dan jangan lepaskan peluang untuk menonton Istimewa Krismas Call the Midwife dan Death in Paradise di BBC First (26 – 27 Disember). Tidak dilupakan juga kepada musim ke-33 Top Gear dan musim ke-4 sitkom popular Ghosts di BBC Brit.

 

Aplikasi BBC Player menawarkan rancangan Catch Up dan On Demand daripada BBC Lifestyle, BBC First, BBC Brit, BBC Earth dan CBeebies. Walau bagaimanapun, akses kepada semua rancangan bergantung pada langganan anda seperti berikut:

Pelanggan dengan langganan berikut

Perkara yang boleh anda tonton di BBC Player

Variety

(cth. Pek Entertainment & Entertainment Plus)

  • BBC Lifestyle
  • BBC First
  • BBC Brit

News & Documentary

  • BBC Earth

Variety, News & Documentary

(cth. Pek Platinum)

  • BBC Earth
  • BBC Lifestyle
  • BBC First
  • BBC Brit

 

Selain itu, CBeebies (saluran 620) akan tersedia ada pada Pek Kids dengan pelbagai kegemaran kanak-kanak prasekolah yang menggalakkan pembelajaran melalui permainan termasuk Bluey, Hey Duggee, Go Jetters, JoJo & Gran Gran, Thomas & Friends, Teletubbies dan banyak lagi. Semua pelanggan Astro juga boleh menikmati pratonton CBeebies di saluran 620 dan aplikasi BBC Player dari 15 Disember 2022 hingga 31 Januari 2023.

 

Dengan pertambahan ini, kini anda boleh strim lapan aplikasi penstriman dengan lancar dengan Astro: BBC Player, beIN SPORTS CONNECT, Disney+ Hotstar, HBO GO, iQIYI, Netflix, TVBAnywhere+ dan Astro GO dengan lebih banyak aplikasi penstriman seperti Viu yang akan datang tidak lama lagi.

 

Untuk mengakses aplikasi "BBC Player" pada Ultra Box, tekan "Home" pada alat kawalan jauh Astro dan pilih aplikasi di bawah rel "Apps". Ikut langkah yang tertera pada skrin untuk menghubungkan akaun anda dengan Ultra Box dengan mengimbas kod QR dan log masuk menggunakan Astro ID anda. Setelah selesai, anda akan dapat strim rancangan dan program BBC terbaik bergantung pada pek Astro anda!

 

Pelanggan yang berminat boleh menikmati lebih nilai dan penjimatan apabila mereka mengakses aplikasi BBC Player melalui Astro dan mendaftar pakej pilihan anda dengan melayari www.astro.com.my.