Akibat Tiga Kes Baru COVID-19, Satu Bandar Kena Lockdown

Selepas mencatatkan tiga kes baru jangkitan COVID-19 yang tidak bergejala, kini lebih sejuta penduduk di Yuzhou di wilayah Henan dikenakan perintah berkurung.

akibat tiga kes baru covid-19, satu bandar kena lockdown

Langkah itu diambil ketika China terus berusaha melaksanakan dasar sifar COVID-19, yang dianggap negara lain sebagai tidak masuk akal.

 

Pelaksanaan perintah berkurung itu menyaksikan lebih sejuta penduduk Yuzhou tidak dibenarkan keluar dari rumah sejak 3 Januari 2022.

 

Ia juga melibatkan penggantungan perkhidmatan awam buat sementara waktu termasuklah bas dan teksi. Malah, pusat beli belah, muzium dan semua kawasan tumpuan pelancong juga telah ditutup.

 

Setakat 4 Januari 2022, sebanyak 175 kes baharu dicatatkan di China, termasuk lima di wilayah Henan dan lapan di bandar Ningbo.

 

Sumber: [1]