Ini Jadi Jika Anda Tak Tutup Mangkuk Tandas Masa Flush! [Video]

Hampir setiap rumah di dunia ini mempunyai tandas masing-masing. Ia direka untuk hanya satu tujuan iaitu tempat menyingkirkan bahan buangan manusia.

ini jadi jika anda tak tutup mangkuk tandas masa flush! [video]

Sudah pasti tandas adalah tempat yang kotor dengan pelbagai bakteria serta mikroorganisma yang terkumpul dalamnya. Namun tahukah anda, tindakan menyiram atau flush dengan mangkuk tandas terbuka sebenarnya menyebabkan kotoran terbebas ke udara tanda kita sedar?

 

Satu kajian yang diterbitkan dalam Scientific Reports menunjukkan sebab kenapa kita perlu menutup mangkuk tandas setiap kali sebelum menekan atau menarik picu flush.

ini jadi jika anda tak tutup mangkuk tandas masa flush! [video]

Kajian dijalankan oleh pasukan jurutera alam sekitar dan awam di Universiti Colorado, diketuai oleh John Crimaldi, melihat kepada kesan jika tidak menutup mangkuk tandas semasa flushing.

ini jadi jika anda tak tutup mangkuk tandas masa flush! [video]

Dengan menggunakan cahaya laser pada bahagian bawah tandas, dapat dilihat partikel halus dari dalam mangkuk tandas terbebas ke udara semasa flushing sedang dibuat. Partikel ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar, menyebabkan kita tidak sedar yang sebenarnya kita sedang menghirup udara tersebut!

Hasil kajian ini merumuskan tindakan menutup mangkuk tandas sebelum anda flush adalah perkara yang perlu anda lakukan. Ia dapat menyelamatkan anda daripada risiko diserang penyakit bawaan bakteria atau kuman tanpa anda sedari.

 

Sumber: Fatherly / Daily Mail