Padah Buang Air Kecil Tepi Jalan, Lelaki Diserang Lebih 10 Ekor Monyet Liar

Seorang lelaki berdepan detik ngeri apabila diserang lebih 10 ekor monyet liar selepas dia dipercayai membuang air kecil di tepi jalan.

padah buang air kecil tepi jalan, lelaki diserang lebih 10 ekor monyet liar

Kejadian berlaku di Ranong, Thailand itu menyebabkan Manee Chitdutsadee, 44, terjatuh daripada tebing setinggi 50-meter ketika beliau cuba mengelak daripada serangan monyet-monyet berkenaan.

 

Dilaporkan monyet-monyet itu terus menyerang Manee sehingga ke bawah tebing, sebelum dia diselamatkan seorang pengguna jalan raya yang turut melalui laluan berkenaan.

padah buang air kecil tepi jalan, lelaki diserang lebih 10 ekor monyet liar

Lelaki malang itu kemudian dikejarkan ke Hospital Sawee di Ranong dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

 

Ini bukanlah kali pertama serangan monyet terhadap manusia berlaku. Pernah terjadi sekumpulan monyet menyerang sehingga 4,000 orang dalam tempoh tiga bulan selepas haiwan berkenaan diberikan minuman keras oleh penduduk tempatan.

 

Sumber: Daily Star