Akibat Dendam Pada Tuan, Kucing Kesayangan Pula Jadi Mangsa Sihir [Video]

Sering kali kita dengar tentang amalan sihir yang dihantar kepada manusia atas tujuan tertentu.

akibat dendam pada tuan, kucing kesayangan pula jadi mangsa sihir [video]

Sihir yang dihantar daripada seseorang kepada seseorang lain mungkin atas sebab seperti cemburu dan juga dendam.

 

Namun seorang pengguna Tiktok berkongsi kisah disihir seseorang tetapi bukan ditujukan kepadanya, sebaliknya kepada kucing kesayangan mereka bernama Todd.

akibat dendam pada tuan, kucing kesayangan pula jadi mangsa sihir [video]

Menurut wanita yang dikenali sebagai @meelchaaa, kucingnya mula mengalami sakit misteri tanpa diketahui punca, walaupun sudah beberapa kali dihantar ke veterinar.

 

“Tony start sakit misteri tanpa tahu sebab apa, walaupun dah banyak kali hantar vet siap warded.

“Kemudian Tony diganggu, hampir mati disebabkan murung lama, taknak makan minum, main, hujung-hujung ada masalah jantung.

“Kemudian, sampai lah ke tahap wheels itu bergerak depan saya then saya tahu memang ada gangguan di rumah,” ujar wanita itu yang turut berkongsi beberapa hantaran mengenai kejadian sihir ini di Tiktok.

 

@meelchaaa Aiyokkk mcm mana dia boleh gerak sendiri weh, tak pernah2 pulak benda tu boleh gerak sendiri. Alamak, benda dah terakam saya share jela 😂 btw kipas saya pasang no 1 ya, sbb guna aircond, nak kata angin mmng tk la. Lepas benda tu gerak, Terus eva dgn gus mai 😂 #seram #kucing #cat #scary #fyp #foryou #foryoupage #viral ♬ Spooky, quiet, scary atmosphere piano songs - Skittlegirl Sound

 

 

@meelchaaa Maafkan saya jika saya ada buat salah dan silap yang mungkin terguriskan hati sesiapa sehingga berdendam ❤️ #cat #kucing #sihir #sihirdengki #allahmahabesar #fyp #foryou #foryoupage ♬ original sound - ISLAMIC EDITS ☪️

 

 

@meelchaaa Patut lately mechaa banyak diam, muka tak semangat. Rupanya ade benda yg dia thu tp tk dpt bgthu dkt saya 🥲💔 maafkan mommy chaa 💔 sihir and makhluk yang duduk berkumpul dalam perut tod, alhamdulillah dah dpt dikeluarkan melalui muntah yg berda*ah. Kalau nk tgok, boleh tgok di post sblum post yg ini. Semoga semua dapat ambil iktibar dr pengalaman saya #kucingdisihir #sihirdengki #cat #kucing #fyp #foryou #foryoupage ♬ Instrument Sholawat Sedih - INDRAGE

 

Dalam pada itu, wanita tersebut turut berdoa agar si pelaku berubah dan kembali semula ke pangkal jalan.

 

“Semoga dia berubah, semoga dia balik semula pada jalan Allah. Semoga Allah bersihkan hati dia dari penuh hasad dengki. Saya tahu dia siapa, angkara dendam. Saya maafkan dia, saya tknk hidup dalam dendam. Semua yang jadi pun ujian utk saya dan dia. Sihir yang smpai pun atas izin Allah, sihir batal pun atas izin Allah. Saya maafkan dia, walaupun kucing saya sakit,” ujarnya.

akibat dendam pada tuan, kucing kesayangan pula jadi mangsa sihir [video]

Perkongsian wanita itu mendapat perhatian warganet yang rata-rata bersimpati dengan apa yang menimpa keluarga ini.

 

Sumber: Tiktok