Akaun Google Yang Tak Aktif Selama 2 Tahun Akan Dipadam

Google memaklumkan pelaksanaan polisi baharu untuk akaun Google dalam usaha menambahbaik sekuriti serta mengelakkan akaun tidak digunakan menjadi mangsa.

akaun google yang tak aktif selama 2 tahun akan dipadam

Untuk itu, bermula Disember 2023, Google akan mula memadamkan akaun-akaun Google yang tidak aktif selama sekurangnya dua tahun.

 

Akaun yang tidak aktif ini akan dilabel sebagai akaun yang tidak digunakan atau tidak didaftar masuk untuk tempoh sekurangnya dua tahun.

 

Dalam pada itu, Google akan memadam kandungan yang berkaitan seperti Gmail, Google Docs, Google Drive, Youtube dan juga Google Phootos.

 

Google juga menyatakan akan memaklumkan serta menghantar notifikasi berkali-kali kepada pengguna sebelum memadam sesuatu akaun.

 

Untuk anda yang menggunakan akaun Google, anda dinasihatkan untuk log masuk sekurangnya dua tahun sekali bagi mengelakkan akaun anda hilang begitu sahaja.

 

Sumber: Google