Ada Bahan Bahaya, Air Hujan Kini Tidak Selamat Untuk Minum

Hujan merupakan salah satu fenomena alam yang memainkan peranan penting kepada hidupan di dunia.

ada bahan bahaya, air hujan kini tidak selamat untuk minum

Tahukah anda, suatu ketika dahulu hujan adalah selamat untuk diminum terus namun kini ia tidak lagi selamat kerana mengandungi bahan yang sangat bahaya untuk kesihatan?

 

Sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai PFAS dikesan melebihi garis panduan terkini dalam air hujan, menyebabkan air hujan kini tidak selamat lagi untuk diminum.

ada bahan bahaya, air hujan kini tidak selamat untuk minum

PFAS yang merujuk kepada bahan perfluoroalkil dan polifluoroalkil pada mulanya ditemui dalam pembungkusan, syampu atau alat solek, kini merebak ke seluruh persekitaran termasuk air dan udara.

 

PFAS bukan sahaja memberi kesan kepada manusia malah kepada alam sekitar juga.

ada bahan bahaya, air hujan kini tidak selamat untuk minum

Penemuan PFAS dibuat oleh seorang saintis, Ian Cousins, dari Universiti Stockholm melalui beberapa ujian dan analisa air hujan.

 

Menurut beliau, kawasan terpencil dan tidak ramai penduduk seperti Antartika dan dataran tinggi Tibet juga merekodkan bacaan PFAS melebihi paras panduan dibenarkan.

 

Antara kesan PFAS kepada manusia adalah kanser, menjejaskan tindak balas imun kanak-kanak terhadap vaksin dan banyak lagi.

 

Meskipun wujud teknologi pembersihan yang boleh membantu membuang bahan kimia ini, ia masih memerlukan kos yang tinggi terhadap prosesnya.

 

Sumber: Astro AWANI