Kini semakin menjadi trend apabila beberapa syarikat menggabungkan artis K-pop dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) atau disebut juga sebagai manusia buatan.
Selepas kemunculan aespa, kini kumpulan k-pop wanita baharu bernama MAVE telah diperkenalkan.
Berbeza dengan kumpulan K-pop sedia ada, kesemua ahli MAVE iaitu Siu, Zena, Tyna dan Marty adalah bukan manusia kerana ia dihasilkan secara maya.
MAVE yang bergerak bawah agensi Metaverse Entertainment telah tampil dengan single pertama mereka berjudul Pandora yang kini mempunyai lebih 13 juta tontonan.
Menjengah ke laman sosial MAVE, mereka saling tak tumpah bagaikan manusia sebenar dengan sesi latihan hingga kepada persembahan acara muzik, sama seperti yang dilakukan idol K-pop lain.
Sumber: Youtube / Korea JoongAng Daily