Afrika Selatan Jangka Gelombang Ke-4 COVID-19 Susulan Varian Omicron

Minggu lalu, kemunculan varian baru COVID-19, B.1.1.529 atau disebut juga sebagai Omicron, telah dikenalpasti dan ia kini didapati merebak di beberapa negara.

afrika selatan jangka gelombang ke-4 covid-19 susulan varian omicron

Ekoran daripada itu, Afrika Selatan memaklumkan negara itu menjangkakan gelombang ke-4 jangkitan COVID-19 susulan purata kes sepanjang minggu didapati meningkat daripada 500 kepada 1,600 kes.

 

“Para saintis kami di Afrika Selatan dan di dunia masih bekerja keras untuk menentukan. Dalam beberapa hari dan minggu akan datang, apabila lebih banyak data tersedia, kita akan mempunyai pemahaman yang lebih baik tentang; pertama, sama ada Omicron mudah menjangkiti; dua, sama ada ia meningkatkan risiko jangkitan semula.

"Dan tiga, sama ada varian ini menyebabkan penyakit yang lebih teruk, dan empat, sejauh manakah keberkesanan vaksin semasa terhadap varian Omicron ini," kata Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa.

afrika selatan jangka gelombang ke-4 covid-19 susulan varian omicron

Saintis negara itu juga telah menentukan bahawa kebanyakkan kes baharu adalah disebabkan varian Omicron, dan bukannya jenis varian yang sedang menular.

 

Omicron telah dikenal pasti pada awal minggu ini oleh penyelidik di Afrika Selatan, dan telah mencetuskan amaran global baharu.

 

Sumber: Astro Awani