Siapa sahaja tidak mengenali penyanyi berbakat dari negara jiran, Afgan ini. Lihat sahaja kepada penampilannya, pasti ramai yang ingin tahu rahsia pemakanan dan aturan diet yang diamalkan.
Baru-baru ini, penyanyi yang popular dengan lagu Terima Kasih Cinta berkongsi satu menu diet yang agak ‘luar biasa’ bagi kebanyakkan kita.
Menerusi video di Instagram, Afgan mendedahkan yang dia sedang menikmati jus smoothie ayam yang diperbuat daripada campuran dada ayam rebus, pisang dan juga serbuk protein.
Ujar Afgan, menu berkenaan amat sesuai dengan dirinya yang memerlukan protein tinggi tetapi malas untuk mengunyah.
Untuk info, menu diet berkenaan cukup dikenali dalam kalangan pencinta gaya hidup sihat, meskipun ia kedengaran agak janggal dan aneh.
Sumber: Instagram Afgan