Cipta Rekod Malaysia, Lebih 500 Personaliti Peragakan Fesyen di AEON Fashon Preview Edisi Jun 2023

Menjadi pertunjukan fesyen individualiti dan ekspersi diri terbesar, acara AEON Fashion Preview Edisi Jun 2023 telah berlangsung di IOI City Mall in Putrajaya dengan menampilkan lebih daripada 500 personaliti yang terdiri daripada orang awam.

cipta rekod malaysia, lebih 500 personaliti peragakan fesyen di aeon fashon preview edisi jun 2023

Setiap personaliti membawakan gaya dan stail yang tersendiri, melangkaui sempadan trend bagi menyampaikan penglibatan dan kepelbagaian dalam ekspresi sosial, serta daya cipta.

 

Acara ini juga dihadiri oleh Malaysia Book of Records untuk mengesah dan merekodkan acara ini sebagai acara yang mempunyai penyertaan terbesar dalam pertunjukan fesyen di negara ini.

cipta rekod malaysia, lebih 500 personaliti peragakan fesyen di aeon fashon preview edisi jun 2023

Dalam AFP Jun 2023 ini, kapsul-kapsul fesyen bertema yang dipersembahkan adalah koleksi utama atau signature eksklusif dibawah AEON seperti SCAR, Puteri, Arcadia, M, ti:zed, innercasual iC, Agenda, Suave, Guys’ Vision, +Collection, Scarlet inners, JKids dan Crème.

 

Ini termasuk fabrik linen ringan dan berliang yang lain daripada kebiasaan, sesuai untuk cuaca panas; fabrik denim atas denim yang sentiasa malar dan versatil; pakaian sukan yang menggabungkan gaya dan fungsi; pakaian kerjaya yang berevolusi; dan pakaian kembara dengan kaitan lebih ringan.

 

Selain itu, terdapat fesyen untuk ibu hamil dalam meraikan keperluan tubuh yang berbeza, baju tidur kanak-kanak dengan cetakan ceria untuk mereka tidur dengan selesa, serta fesyen anime dengan karektor kegemaran menjadi kebanggaan.

cipta rekod malaysia, lebih 500 personaliti peragakan fesyen di aeon fashon preview edisi jun 2023

Tambah lagi, AEON menjalinkan kerjasama dengan Comic Fiesta, sebuah pertubuhan peneraju dengan komuniti terbesar dalam bidang anime dan comic-con dalam negara, bagi Festival Anime AEON untuk kali pertama. Festival ini akan menampilkan pelancaran bulanan kemeja-T watak anime bermula daripada Attack on Titan, Demon Slayer, disusuli Naruto and Jojo’s Bizarre Adventure.

 

Bagi memastikan koleksi fesyen ini selaras dengan usaha AEON dalam memperkasakan Sasaran ke-8 dan ke-15 Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, pertunjukan ini juga menumpukan terhadap menggalakkan masyarakat yang aman dan inklusif bagi pembangunan mampan, menyediakan keterbukaan saksama kepada semua, dan membina institusi bertanggugjawab dan inklusif yang efektif di semua peringkat; serta melindungi, memulihara dan menggalakkan penggunaan ekosistem daratan secara mampan.

cipta rekod malaysia, lebih 500 personaliti peragakan fesyen di aeon fashon preview edisi jun 2023

Berikut adalah butiran tentang jenama eksklusif AEON:

 

innercasual, iC dari Jepun

innercasual atau iC menjanjikan pakaian berkualiti tinggi dengan kemampanan yang tinggi, menampilkan pakaian untuk segenap saiz dan umur – semua ini di samping mudah didapati, berpatutan dan harga mesra agar kekal dengan slogan ‘nilai baik setiap hari’. Jenama ini berhasrat untuk memulakan pengaruhnya di Malaysia dengan memperkenalkan 3 gaya yang berbeza: ActiveWear yang meriangkan dan memiliki fungsi; PeaceFit yang mempunyai teknologi menarik untuk peningkatan gaya hidup, serta rangkaian fesyen Sustainable.

 

Scar

Direka untuk ekspresi ialah identiti Scar – setiap individu boleh memakai Scar mengikut kemahuan mereka. Dengan hasrat untuk menerokai, koleksi Scar mengetengahkan kemasan berlainan iaitu tie-dye, lapisan flutter berpotongan dan berpersonaliti sebagai tumpuan untuk musim ini.

 

Puteri

Rangkaian sederhana kami yang membawakan santai dan trend. Ia juga membawakan pakaian mesra Muslimah yang ditutup dengan lapisan luar fabrik chiffon yang penuh gaya.

 

PlusCollection

Nilai teras jenama ini ialah setiap saiz yang ditampilkan adalah cantik.

 

Arcadia

Arcadia menawarkan gaya malar yang luas dengan pakaian linen dan seluar dengan tona neutral, warna tanah dan kemasan bersulam yang menjadikan koleksi ini menjadi satu kemestian untuk dimiliki. 

 

M

Keselesaan ialah kriteria paling utama buat golongan ibu. Fabrik M dikenali dengan seluar kehamilannya yang laris, selain bebas kedutan, jahitan mesin untuk fabrik lebih ringan dan mesra rawatan. Ia juga dikenali dengan pakaian, dres dan skirt yang mesra untuk rawatan.

 

ti:zed

Jenama ini mesti dimiliki – pakaian asas yang mudah dipakai dan dibawa untuk melancong seperti hoodie bergaya dan baju panas untuk lelaki, serta kemeja kapas bercetak yang mudah dipakai untuk masa-masa yang mendesak.

 

Guys’ Vision   

Pakaian kasual lelaki yang direka untuk kegunaan yang lama. Fabriknya tahan lama, mudah dijaga dan tidak mudah berubah bentuk yang sesuai digayakan dengan apa jua gaya peribadi.