Pelakon popular, Acha Septriasa mengumumkan berita sedih selepas beliau mengalami keguguran baru-baru ini.
Acha yang sebelum ini mengumumkan hamil anak kedua pada awal Disember lalu, terpaksa menerima takdir bayi yang dikandungnya meninggal dunia saat melewati timester pertama.
Beliau yang kini menetap di Australia berkata, berita yang tidak terduga dan tidak ingin terjadi kini telah menimpa dirinya selepas lima tahun menantikan kandungan ini.
“Berita yang tidak terduga dan tidak kami inginkan terjadi; kami telah kehilangan calon anak dalam kehamilan ini pada trimester pertama,” tulis Acha pada satu hantaran di Instagram.
Meskipun berat menerima hakikat, Acha tetap meluahkan rasa syukur dan menikmati kehidupannya selain berterima kasih kepada semua pihak untuk pengalaman sepanjang tahun lalu.
Sumber: Instagram Acha Septriasa