Akibat Abaikan Kucing Peliharaan, Wanita Didenda Lebih RM12 Ribu

Gara-gara mengabaikan dua ekor kucing perliharaannya, seorang wanita di Singapura telah diarahkan mahkamah untuk membayar denda S$4,000 (kira-kira RM12,321).

akibat abaikan kucing peliharaan, wanita didenda lebih rm12 ribu

Menurut laporan, wanita yang memelihara dua ekor anak kucing berusia 3 bulan itu berasa ‘tertekan’ dengan bunyi serta keadaan haiwan itu yang ‘hiperaktif’, lebih-lebih lagi pada sebelah malam.

 

Wanita itu juga telah cuba menawarkan haiwan itu untuk dipelihara orang lain tetapi tidak berjaya.

 

Disebabkan itu, wanita itu meletakkan kedua-dua anak kucing itu ke dalam sangkar haiwan dan membiarkannya di atas rumput dengan pintu dibuka. Malah anak kucing itu juga tidak diberikan makan dan minum dan dibiarkan begitu sahaja.

 

Disebabkan membiarkan haiwan itu tanpa alasan munasabah, wanita berusia 40 tahun itu telah dikenakan denda S$4,000 (RM12,321) oleh mahkamah daerah dan juga dilarang daripada memelihara mana-mana jenis haiwan selama 12 bulan.

 

Wanita berkenaan memilhara anak-anak kucing itu di rumahnya tetapi berasa ‘tertekan’ akibat bunyi yang dibuat haiwan tersebut.

 

Menurut undang-undang di Singapura, mana-mana pemilik yang didapati mengabaikan haiwan peliharaan adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan penjara.

 

Sumber: [1]