Kejayaan muncul naib juara pada badminton Terbuka India, minggu lalu nampaknya beri impak yang besar buat Aaron Chia-Soh Wooi Yik.
Beregu lelaki utama negara itu kini berada di tangga kedua ranking badminton dunia!
Yang paling best, ini merupakan kedudukan tertinggi yang pernah dicapai oleh Aaron-Wooi Yik dalam karier badminton mereka.
Ogos tahun lepas, Aaron-Wooi Yik menghadiahkan kejayaan manis buat negara apabila muncul juara Kejohanan Badminton Dunia di Tokyo, Jepun.
Kalau Aaron-Wooi Yik dapat kekalkan momentum kejayaan ni dalam perlawanan seterusnya, tak mustahil boleh pintas beregu nombor 1 dunia dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhamad Rian Ardianto.
Sekarang ni mereka sedang berentap dalam Masters Indonesia dan harap-harapnya boleh menang lagi.
Berbeza pula dengan perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia yang turun ke tangga ke-4 ranking dunia ketika ini.
Lee Zii Jia ditunjukkan jalan keluar seawal pusingan pertama Terbuka Malaysia, awal bulan ini dan turut tersingkir pada pusingan kedua Terbuka India, minggu lalu.
Zii Jia turun 2 anak tangga dan dipintas pemain Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting, manakala 1 lagi wakil Indonesia, Jonatan Christie berada di kedudukan ke-3.
Wakil Denmark Viktor Axelsen kekal pemain nombor satu dunia.
Bagi beregu wanita pula, Pearly Tan-M Thinaah melonjak 2 anak tangga untuk berada pada kedudukan ke-6 dunia menurut ranking terbaru yang dikeluarkan oleh BWF.
Diharapkan pasukan badminton Malaysia mampu lakukan yang terbaik dan cipta rekod luar biasa dalam aksi seterusnya.
All The Best!
Oleh Izzati Amir