Zaha Hadid: Wanita Disebalik Seni Bina Bangunan Unik Dunia

zaha hadid: wanita disebalik seni bina bangunan unik dunia

Kalau korang peminat dunia seni bina pasti korang kenal dengan figura yang bernama Zaha Hadid. Alah, wanita pertama yang memenangi Pritzker Architecture Prize tahun 2004 tu. Banyak bangunan yang beliau bina dengan design unik dan di luar fikiran.

Nama penuhnya ialah Dame Zaha Hadid. Beliau dilahirkan di Baghdad, Iraq pada 31 Oktober 1950. Bagaimanapun, Zaha Hadid telah menghembuskan  nafasnya yang terakhir pada 31 Mac 2016 di Miami, Florida, Amerika Syarikat.

zaha hadid: wanita disebalik seni bina bangunan unik dunia

Nama Zaha Hadid ni mula popular sekitar tahun 1983 apabila beliau memenangi satu pertandingan seni bina. Waktu tu dia menghantar penyertaan seni binanya akan sebuah pusat hiburan di Hong Kong, The Peak.

Selepas itu, beliau terus melakar nama dengan reka bentuk dan seni bina yang unik. Bangunan-bangunan yang direkanya sangatlah berbeza berbanding bangunan yang ada pada ketika itu.

zaha hadid: wanita disebalik seni bina bangunan unik dunia

Zaha Hadid juga dikenali sebagai “Paper Architect” kerana rekaannya yang terlalu baru dan bereksperimental tetapi masih boleh dibina. Semenjak daripada itu, Zaha Hadid terus menjadi arkitek pilihan.

Sepanjang hayatnya, Zaha Hadid telah mereka pelbagai bangunan ikonik terkenal dunia. Antaranya Pusat Kebudayaam Heydar Aliyev, Baku (2012), Pusat Akuatik London, Stratford (2012), Muzium Riverside, Glasgow (2011), Jambatan Sheikh Zayed, Abu Dhabi (2010), Guangzhou Opera House, Guangzhou (2010), Bridge Pavilion, Zaragoza (2008) dan banyak lagi.

Sumber: Britannica.com, The Guardian