Yu Cai Foundation Anjur Public Speaking Bootcamp, Terbuka Untuk Murid Darjah 4 Hingga Darjah 6!

Yu Cai Foundation (YCF) bakal menganjurkan program YCF Public Speaking Bootcamp Year 2021 yang dibuka penyertaannya kepada semua semua murid Darjah 4 hingga Darjah 6 yang belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) luar bandar di Malaysia.

yu cai foundation anjur public speaking bootcamp, terbuka untuk murid darjah 4 hingga darjah 6!

Kongsi Ketua Yayasan YCF, Simpson Khoo, ia merupakan tahun pertama menganjurkan program sedemikian dan merupakan satu program perkembangan kemahiran insaniah dalam talian yang bertujuan memupuk pemikiran kritis dan kemahiran pengucapan awam dalam Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sekolah menengah.

yu cai foundation anjur public speaking bootcamp, terbuka untuk murid darjah 4 hingga darjah 6!

Ini merupakan satu inisiatif daripada Yu Cai Foundation dalam usaha melahirkan golongan murid yang bukan sahaja berilmu tetapi juga mempunyai ketokohan dalam menyuarakan pendapat dengan lebih kesan terutamanya berkenaan isu-isu Matlamat Pembangunan Mampan atau dalam Bahasa Inggerisnya, Sustainable Development Goals (SDG).

yu cai foundation anjur public speaking bootcamp, terbuka untuk murid darjah 4 hingga darjah 6!

“Peserta akan menyertai bengkel secara maya yang dapat membantu mereka mempelajari kemahiran pengucapan awam dalam Bahasa Inggeris dan pengetahuan tentang Matlamat Pembangunan Mampan (SDG),” katanya.

Dalam pada itu, hadiah wang tunai sebanyak RM800 (Johan), RM500 (Naib Johan), RM30 (Tempat Ke-3) dan RM100 (Tempat Ke-4 dan Ke-5) akan diberikan kepada pemenang-pemenang dari setiap negeri.

yu cai foundation anjur public speaking bootcamp, terbuka untuk murid darjah 4 hingga darjah 6!

Sebagai tambahan, sekolah yang mempunyai penyertaan terbanyak untuk setiap negeri akan turut sama diberikan hadiah wang tunai sebanyak RM2,000.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web YCF (http://www.ycf.org.my/programmes/publicspeaking) atau Facebook YCF (www.facebook.com/yucaifoundation).