Yoon Eun Hye Disahkan Positif COVID-19, Kongsi Khabarnya Baik-Baik Sahaja

Pelakon jelita Yoon Eun Hye telah disahkan positif COVID-19.

yoon eun hye disahkan positif covid-19, kongsi khabarnya baik-baik sahaja

9 Disember lalu, Yoon Eun Hye menerusi Instagram peribadi miliknya berkongsi dengan para peminat bagi menjelaskan mengenai situasi semasanya.

Katanya, salah seorang ahli keluarganya berasa tidak sihat dan disahkan positif COVID-19 yang mana selepas itu dia juga disahkan positif.

Katanya, “Saya mempunyai beberapa berita mengejut untuk dikongsi, jadi saya menulis ini dengan cepat.

“Salah seorang ahli keluarga saya berasa tidak sihat, jadi mereka pergi untuk mendapatkan ujian PCR untuk berjaga-jaga dan ia kembali positif. Sebaik sahaja saya mendengar berita itu, saya juga pergi untuk menjalani ujian dan hari ini (9 Disember), saya diberitahu bahawa saya positif.

“Saya mengikuti prosedur kuarantin mengikut arahan pihak berkuasa kawalan penyakit, dan sedang bekerja keras untuk rawatan dan pemulihan.

“Saya minta maaf kerana terpaksa berkongsi berita malang ini. Nasib baik, saya tidak mengalami sebarang simptom yang serius dan sihat, jadi tolong jangan terlalu risau.

“Semua, jaga kesihatan dan berhati-hati.”

 

Sumber: [1]