Yoo Jae Suk 'Usik' Mengenai Debut Lisa BLACKPINK

Anggota kumpulan K-Pop masyhur iaitu Lisa BLACKPINK dijadualkan bakal melancarkan muzik solonya pada Julai depan.

yoo jae suk 'usik' mengenai debut lisa blackpink pada julai

Menerusi episod terbaru rancangan realiti berjudul Hangout With Yoo, hos Yoo Jae Suk mendedahkan bahawa Lisa, di samping kumpulan Lovelyz tersenarai dalam artis yang akan melakukan kemunculan menjelang Julai.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengesahan mengenai penyataan itu yang dikeluarkan daripada agensi masing-masing, baik YG Entertainment mahupun Woolim Entertainment.

Dalam rancangan tersebut, Jae Suk membincangkan mengenai persaingan yang harus dihadapi kumpulan MSG Wannabe ketika melakukan promosi mereka nanti memandangkan ramai artis seperti SF9, Taeyeon dan BTS dijadualkan bakal melakukan aktiviti promosi sekitar tempoh yang berdekatan antara satu sama lain.

“Pada 9 Julai, BTS akan kembali. Sebagai tambahan, pada Julai, kita mempunyai Taeyeon, Lisa BLACKPINK, SF9 dan Lovely,” ujar Jae Suk.

April lalu, majalah Harper’s Bazaar Thailand mendakwa bahawa anggota termuda BLACKPINK itu akan membuat debut solonya pada Jun tahun itu. Bagaimanapun, ia nampaknya masih belum terjadi.

Terdahulu, penerbit muzik terkenal DJ Snake sempat mendedahkan menerusi satu tweet yang kini telah pun dihapus, bahawa dia telah menyelesaikan satu lagu bersama Lisa yang dipercayai merupakan sebahagian daripada karya album solo penyanyi itu yang hanya menunggu masa untuk dikeluarkan.

 

Sumber: [1]