Seperti biasa dalam episod Running, Yoo Jae Suk sekali lagi mengusik pasangan Spartace iaitu Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook.
Dalam salah satu adegan episod Running Man baru-baru ini, Yoo Jae Suk mengatakan ramai peminat suka melihat ‘love line’antara Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo.
“Ada seorang ini mentatakan dia teringin melihat Kim Jong Kook berlakon sebagai watak lelaki utama dalam drama Goong sementara Song Ji Hyo sebagai watak wanita utama. Sebagai penonton, ia akan menjadi barisan pelakon kegemaran saya. Saya ingin menerbitkannya,” kata Jae Suk dalam nada melawaknya.
Buat mereka yang tidak tahu, drama Goong, juga dikenali sebagai Princess Hours and merupakan drama popular sekitar 2006 yang dibintangi Yoon Eun Hye, Joon Ji Hoon, Kim Jeong Hoon dan Song Ji Hyo.
Salah seorang watak utama dalam drama tersebut, iaitu Yoon Eun Hye pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan Kim Jong Kook.
Kemudian dalam episod sama, timbul pula perdebatan dalam kalangan mereka mengenai siapa antara mereka yang akan menjadi selebriti paling dinanti-nantikan menjelang 2022 yang mana Song Ji Hyo kemudian berkata, “Ini bukan tentang melakukan semuanya sekaligus, tetapi membina sesuatu. Saya akan mencari cinta dan kerja secara aktif tahun depan.”
Tidak mahu kalah pada perdebatan itu selain sengaja menghangatkan suasana, Yoo Jae Suk kemudian mengatakan yang dia akan mengajak Yoon Eun Hye untuk menyertai Running Man dan bertanya kepada Kim Jong Kook mengenai pendapatnya.
“Kenapa saya termasuk dalam janji awak? Saya tidak tahu sama ada itu mustahil atau tidak. Itu soalan untuk diri awak sendiri?” balas Kim Jong Kook spontan.
Song Ji Hyo kemudian mencelah dengan bertanya pada Yoo Jae Suk dengan berkata, “Kenapa awak tak minta pendapat saya?”
Dia kemudian menentang Yoo Jae Suk yang ingin memasukkan Yoon Eun Hye ke dalam barisan rancangan tersebut yang mana Kim Jong Kook memuji tindakannya itu.
Terhibur dengan keadaan tersebut, ulas Yoo Jae Suk, “Lebih menarik jika anda menentangnya.”
Sumber: [1]