Yeay! PlayStation Umum Tarikh Rasmi Pelancaran PlayStation 5

yeay! playstation umum tarikh rasmi pelancaran playstation 5

Selepas beberapa kali menunda majlis pelancaran dan jualan PlayStation generasi baru iaitu PlayStation 5, akirnya syarikat tersebut telah mengumumkan tarikh rasmi penjualan permainan konsol tersebut.

Berdasarkan PlayStation.Blog peranti tersebut akan mula dijual pada 12 November di tujuh buah negara dahulu iaitu US, Jepun, Kanada, Mexico, Australia, New Zealand dan Korea Selatan.

Untuk negara-negara lain pula akan mula dijual pada 19 November. Kalau ikutkan pada blog rasmi PlayStation, harga untuk PS5 Edisi Digital ialah $399.99 (RM 1650) dan untuk edisi Ultra HD Blu-ray  bernilai $499 (RM 2063). Tapi ni untuk harga di United State la. Mungkin akan ada perubahan untuk harga di Malaysia.

Sumber: PlayStation.blog