Yamato, Bandar Pertama Di Jepun Yang Mengenakan Larangan Bermain Phone Sewaktu Berjalan

yamato, jepun laksana undang-undang tak boleh main phone sewaktu berjalan

Sebuah bandar di Jepun, Yamato telah melaksanakan undang-undang tidak boleh bermain telefon bimbit sewaktu berjalan di tempat awam.

Ini menjadikan Yamato sebagai bandar pertama di negara itu melaksanakan perintah tersebut selepas penguatkuasa mencadangkangkan perkara itu baru-baru ini.

Artikel: Jepun Nak Laksanakan Undang-Undang Tak Boleh Main Phone Sewaktu Berjalan

Menurut laporan Kyodo News, undang-undang ini akan dilaksanakan pada hari Rabu akan datang. Buat masa ini, masih belum ada apa-apa penalty yang akan dikenakan kepada mereka yang mengingkar arahan ini.

Pegawai bandar itu berkata ia berharap agar semua orang tahu bahawa telefon pintar hanya digunakan apabila tidak bergerak.

Menurut peraturan baru itu, pejalan kaki harus berhenti di mana-mana tempat yang tidak menghalang lalu lintas sekiranya mereka mahu menggunakan telefon pintar di tempat awam.

Sumber: Kyodo News