Awal minggu ini, kecoh mengenai khabar angin yang mengatakan YG Entertainment bakal melancarkan girl group terbaru mereka tidak lama lagi.
Tidak ketinggalan, terdapat juga spekulasi mengenai YG Entertainment yang mengajukan permohonan tanda dagang untuk nama “Baemon” dan “Baby Monsters”.
Biarpun masih belum dapat disahihkan mengenai khabar angin ini, namun ramai warganet yang sudah pun memberi gelaran ‘rookie monster’ kepada kumpulan tersebut.
Manakan tidak, lihat sahaja fenomena yang telah dicetuskan oleh dua girl group gergasi syarikat tersebut sebelum ini, iaitu 2NE1 dan BLACKPINK!
Dalam pada itu, terdapat juga tambahan laporan yang mengatakan kumpulan gadis terbaru YG itu akan turut sama membikin muzik yang bergenrekan hip hop namun dengan konsep yang lebih kemudaan berbanding dengan senior-senior mereka yang terdahulu.
Lebih menghangatkan spekulasi terbabit, dikhabarkan juga terdapat sumber dalaman dari YG yang mendedahkan sendiri bahawa kumpulan gadis generasi ketiga syarikat terbabit bakal merangkumi beberapa ahli yang kini berada dalam usia pertengahan remaja mereka.
Sebagai tambahan, sumber itu juga berkongsi bahawa ahli-ahli kumpulan terbabit telah menjalani training selama empat hingga lima tahun, dengan ada antara mereka yang telah memulakan training seawal usia 10 tahun.
Sekiranya benar khabar angin tersebut, ia bermaksud bahawa kumpulan ini bakal menjadi kumpulan gadis pertama yang dikeluarkan YG Entertainment setelah melancarkan BLACKPINK pada 2016.
Sumber: [1]