Sekarang ni banyak teknologi yang bukan sahaja boleh membantu mengurangkan berat badan tetapi juga mengurus emosi.
Sebuah syarikat teknologi telah menghasilkan satu wristband yang dipanggil Moodbeam. Wristband ni boleh membenarkan pihak majikan mengesan emosi para pekerja.
Mungkin korang terfikir perlu ke nak kesan emosi pekerja?
Memandangkan sekarang ni dunia pekerjaan dah berubah jadi ada pekerja yang tidak perlu datang ke pejabat pun. Jadi, denngan adanya Moodbeam ni boleh lah para majikan tahu akan kondisi keadaan pekerja mereka.
Gajet ini bersambung dengan aplikasi yang terdapat di dalam mobile phone dan juga web interface. Ada dua butang iaitu butang biru dan kuning. Kalau rasa happy, tekanlah butang warna kuning. Tapi, kalau korang tengah tak ok, tekanlah warna biru.
Melalui aplikasi tersebut, boleh lah para majikan tahu akan keadaan para pekerja tanpa perlu memeriksa secara fizikal.
“Gajet ini membolehkan majikan bertanya 500 orang pekerjanya tanpa perlu mereka mengangkat telefon sekalipun” kata pengasas Moodbeam, Christina Colmer Mchugh.
Sumber: BBC