Whatsapp Video Call Dah Boleh Sampai Lapan Orang

whatsapp video call dah boleh sampai lapan orang

Kalau sebelum ni Whatsapp video call hanya boleh empat orang, tapi lepas ni korang dah boleh video call dengan lapan orang.

Versi kemaskini terbaru Whatsapp ini telah menambahkan ciri panggilan video sehingga lapan ahli. Korang boleh start call dari dalam group ataupun tambah orang secara manual.

Tapi, ciri ini hanya untuk pengguna iOS je dulu. Maka, pengguna Android sila lah bersabar ye. Alah, nanti ada lah tu.

So, lepas ni lagi senang lah nak berkomunikasi dengan rakan-rakan kan? Musim PKP ni pun eloklah kita menggunakan teknologi yang ada untuk terus bertanya khabar.

Sumber: The Verge