Bayangkan korang tengah berjogging, tiba-tiba ada seekor cougar atau puma yang datang menyapa korang. Perghhh, memang tak cukup nafaslah!
Baru-baru ni ada satu video viral di media sosial menunjukkan seorang lelaki merakam seekor cougar sedang menghambatnya. Ketika itu, lelaki yang dikenali sebagai Kyle Burgess sedang berlari di track di Utah.
Sedang khusyuk berlari, tiba-tiba dia terperasan akan seekor binatang. Awalnya dia menyangkakan kucing liar. Tapi, sangkaannya salah selepas haiwan tersebut datang menghampirinya.
Tapi dalam ketakutan, Kyle sempat lagi merakam aksi tersebut. Hampir enam minit juga lah dia berada dalam keadaan panic apabila cougar tersebut asyik menyembur dirinya seolah-olah mahu menyerang.
Bagaimanapun, nasib Kyle agak baik kerana cougar itu terus melarikan diri selepas itu. Bayangkan kalau ini terjadi pada korang?
Sumber: South China Morning Post