Mesti korang selalu terfikir macam pencipta filem dan animasi ataupun penulis novel mendapat inspirasi untuk mencipta satu watak. Dari mana ilham itu datang, tak sangka pula ilham itu datang berdasarkan orang yang wujud dalam alam nyata.
1. John Nettleship: Severus Snape
Watak rekaan J.K. Rowling dalam siri Harry Potter iaitu Severus Snape merupakan seorang ahli sihir yang hebat, berperwatakan dingin dan sinis dan disangka sebagai watak villain sepanjang siri dan pada akhirnya didapati dia sebenarnya watak yang baik.
J.K. Rowling mencipta watak Severus Snape berdasarkan John Nettleship yang merupakan guru kimia yang mengajarnya ketika di Wyedean School.
2. Ed Gein: Norman Bates, Buffalo Bill, Leatherface
Watak pembunuh bersiri Norman Bates (Psycho), Buffalo Bill (The Silence of the Lambs) dan Leatherface (The Texas Chainsaw Massacre) yang amat dipopularkan di dalam filem Hollywood. Malangnya watak dalam filem-filem tersebut berdasarkan seorang lelaki yang benar kewujudannya yang bernama Ed Gein.
Ed Gein juga dikenali sebagai “The Butcher of Plainfield” dan merupakan salah seorang pembunuh bersiri yang menggemparkan USA. Bukan itu sahaja, dia juga mempunyai masalah mental apabila polis mendapati kegiatannya yang mencuri mayat dari kubur untuk disimpankan sebagai piala.
3. Helen Kane: Betty Boop
Pada tahun 1920-an, helen Kane adalah seorang penyanyi terkenal di Amerika. Max Fleischer mencipta watak animasi kartun Betty Boop dengan bantuan animator Grim Natwick. Betty Boop muncul pertama kali di kaca televisyen pada 9 Ogos 1930 dan mula terkenal beberapa tahun selepas itu.
Helen Kane memfailkan saman pada tahun 1932 kerana mengatakan Betty Boop adalah watak yang diciplak darinya. Namun, kes tersebut digugurkan kerana tidak mempunyai assa yang cukup. Tetapi begitu ramai yang masih percaya bahawa Helen Kane adalah inspirasi kepada Betty Boop sehingga kini.
4. Alice Liddell: Alice in Wonderland
Alice Liddell adalah anak kepada kawan baik penulis buku Alice in Wonderland, Lewis Carroll iaitu Henry Lidell. Alice juga merupakan salah seorang subjek fotografi Lewis Carroll.
Penulis novel “Alice’s Adventures in Wonderland” iaitu Charles Lutwidge Dodgson menggunakan nama Lewis Carroll sebagai nama penanya.
Kisah popular yang penuh dengan imaginasi ini bermula apabila Charles bersama beberapa orang rakannya termasuk Henry Liddell dan tiga orang anak gadisnya menaiki bot ke pekan yang bernama Godstow untuk menikmati minuman teh. Lalu, Alice Liddell meminta agar Charles menceritakan kisah menarik kepada mereka tiga beradik sebagai hiburan dan terciptalah kisah Alice in Wonderland dan Alice dijadikan sebagai watak utama.
5. Frank ‘Rocky’ Fiegel: Popeye the Sailorman
Suatu ketika dahulu, kartun Popeye amat digemari dan terkenal oleh kanak-kanak. Kartun ini juga menjadi sumber inspirasi kepada kanak-kanak dahulu untuk memakan sayur-sayuran terutama sekali bayam. Jadi dari mana datang inspirasi watak yang begitu hebat ini?
Pencipta watak Popeye, Elzie Crisler Segar mencipta Popeye berdasarkan seorang kelasi yang terkenal si kampung halamannya iaitu Franky ‘Rocky’ Fiegel.
Watak Popeye bukan sahaja yang diinspirasikan oleh orang sebenar tetapi kekasih Popeye iaitu Olive Oyl juga diinspirasikan oleh rakan Segar yang merupakan pemilik kedai bernama Dora Pascal. Rakan Segar yang bernama William “Windy Bill” Schechert yang merupakan seorang pemilik teater opera juga menjadi inspirasi bagi watak Wimpy.
Sumber: iluminasi.com