Warganegara Malaysia Di Luar Negara Boleh Perbaharui Pasport Selama Dua Tahun Dengan Percuma

Rakyat Malaysia di luar negara yang tamat pasport pada 2021 akan diberi lanjutan sah selama dua tahun secara percuma, jelas Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura pada Selasa lalu.

warganegara malaysia di luar negara boleh perbaharui pasport selama dua tahun dengan percuma

Keputusan tersebut dibuat oleh Jabatan Imigresen Malaysia berikutan peningkatan dalam permohonan pasport yang berlaku di luar negara.

“Mereka yang terkesan boleh memilih untuk memanjangkan cap pada ‘Halaman Pemerhatian’ atau di halaman 48 (pasport) di suruhanjaya tinggi atau kedutaan terdekat.

“Tiada bayaran yang dikenakan untuk lanjutan tersebut. Perkhidmatan lanjutan ini tersedia serta merta.”

Tambah pihak imigresen lagi dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook itu, mereka yang ingin melanjutkan tempoh sah pasport mereka boleh mengisi dan menghantar borang permohonan di suruhanjaya tinggi. Tarikh temu janji tersebut kemudian akan dihantar menerusi e-mel kepada pemohon.

Terdahulu, tular gambar di media sosial yang menunjukkan rakyat Malaysia di Singapura beratur berjam-jam di suruhanjaya tinggi untuk memperbaharui pasport mereka.

Mac lalu, Jabatan Imigresen Malaysia mengatakan bahawa masalah kesesakan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura akan diselesaikan menerusi langkah menempatkan lapan pegawai di suruhanjaya tinggi untuk mempercepat proses dokumentasi pasport masing-masing.

Menerusi satu pernyataan yang dikeluarkan Suruhanjaya Tinggi di Malaysia di Singapura, tulis mereka, “Pandemik COVID-19 telah menyebabkan banyak negara mengenakan pelbagai syarat dan sekatan perjalanan yang menyebabkan ramai orang Malaysia menangguhkan rancangan perjalanan mereka.

“Penangguhan yang berpanjangan ini menyebabkan ramai orang tinggal lebih lama di luar negara dan sebilangan rakyat Malaysia merasa perlu untuk memperbaharui pasport mereka di luar negara kerana tarikh luputnya yang semakin hampir. Ini telah mengakibatkan peningkatan mendadak untuk Pasport Malaysia Antarabangsa di pejabat luar negara,” jelas mereka.

Menerusi laman web Kementerian Luar Negeri, bayaran permohonan sebanyak RM200 dikenakan untuk pasport dengan tempoh lima tahun dan RM100 untuk kanak-kanak bawah umur 13 tahun dan warga emas berumur 60 ke atas.

 

Sumber: [1]