Setiap manusia yang pernah meniti usia tua pastinya punya rahsia yang tersendiri dalam mengekalkan kesihatan mereka.
Langkah yang paling lazim diambil termasuklah dengan mengamalkan diet yang baik, senaman yang teratur dan pantang merokok serta minuman alkohol.
Namun, lain pula dengan warga emas Inggeris, John Tinniswood yang berusia 109 tahun ini.
Kongsinya John, dia mengaitkan jangka hayat luar biasanya dengan amalan kehidupan yang bersahaja.
Dalam erti kata lain, ia bermaksud tidak menyekat dirinya daripada merasai perkara-perkara yang menyeronokkan dalam hidup, lagi-lagi makanan.
Menurut John yang gemar menikmati minuman petang teh setiap petang Jumaatnya, penting untuk seseorang itu menikmati perkara yang mereka suka, kalau tidak, ia hanya akan merosotkan fizikal atau mental mereka.
Namun, dia turut menyelit nasihat agar seseorang itu tidak melajukan sesuatu secara berlebihan.
Lanjut John yang merupakan lelaki tertua kesembilan di United Kingdom, dia mempunyai hobi untuk memakan ‘fish and chip’ setiap malam Jumaat.
Sebenarnya, dia malahan mengaitkan makanan mingguannya itu dengan jangka hayatnya yang panjang.
“’Fish and chip’ semestinya menjadi hidangan kegemaran saya, sering menjadi makanan istimewa, dan saya rasa menantikan lawatan seterusnya untuk memakan makanan tersebut menjadikan saya berasa muda,” katanya.
Dilahirkan pada 1912, iaitu tidak lama sebelum Perang Dunia Pertama bermula, John kemudian pernah berkhidmat dalam pentadbiran di Royal Mail ketika Perang Dunia Kedua.
Dia kemudian beralih pekerjaan kepada akauntan kerana penglihatannya yang lemah, dan berkahwin dengan pasangan pada 1942.
Sumber: [1]