Wanita Tak Vaksin, Terpaksa Belajar Bercakap Semula Selepas Bangun Dari Koma Akibat COVID-19

Seorang pelajar berusia 20-an menggesa lebih ramai golongan muda supaya pergi vaksin selepas mengalami koma selama lima hari akibat COVID-19.

wanita tak vaksin, terpaksa belajar bercakap semula selepas bangun dari koma akibat covid-19

Ffion Barnett mendapat tahu dia menghidap COVID-19 hanya dua hari selepas hari jadinya yang ke-22, tetapi mengangggap dia masih muda dan cukup sihat untuk mengelak daripada mengalami sebarang penyakit.

Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, dia disahkan positif dan mula bergelut untuk bernafas sehingga memerlukan kemasukan segera ke sebuah hospital di Wales.

Pelajar bidang pemasaran itu kemudian koma selama lima hari dan terpaksa belajar semula cara untuk berjalan, bercakap dan tidur semasa pemulihannya.

Barnett berkata dia tidak vaksin atas alasan masih muda tanpa sebarang keadaan kesihatan yang perlu dibimbangkan.

Namun selepas pengalamannya, dia berkata dia ingin “meningkatkan kesedaran tentang kepentingan vaksin” dan bagaimana COVID-19 “boleh menjejaskan sesiapa sahaja.”

Barnett, yang bekerja di sebuah kafe dan tinggal di Tonypandy, Rhondda, berkata dia "tidak terlalu risau" selepas diuji positif COVID-19.

Tetapi apabila pernafasannya semakin sukar, dia dimasukkan ke hospital pada 12 Ogos tahun lalu, iaitu seminggu selepas diuji positif.

“Saya bercakap dengan ibu saya yang bekerja di hospital sebagai jururawat bank. Dia tahu bahawa pernafasan saya sangat berat dan memberitahu saya untuk terus ke hospital,” katanya.

Selepas dimasukkan ke ICU, Barnett dimasukkan ke dalam koma akibat kerana doktor semakin bimbang tentang kadar denyutan jantungnya yang tinggi bahawa mereka fikir berupaya mengakibatkan dia mengalami serangan jantung.

Dia juga diserang radang paru-paru disebabkan oleh COVID-19.

Barnett berkata dia diberi “setiap mesin yang berfungsi” untuk mencuba dan meningkatkan tahap oksigennya, tetapi ia tidak berfungsi.

Akhirnya dia kembali dimasukkan semula ke wad selepas menjalani rawatan rapi selama 12 hari.

Dia akhirnya menghabiskan dua minggu dan lima hari di hospital yang mana menjelang hari-hari hujungnya berada di hospital, dia terpaksa belajar cara bercakap, berjalan dan makan dengan betul semula.

“Apabila saya berjaya bercakap itu bukan suara saya. Kemudian apabila saya pulang ke rumah saya perlukan penjaga. Saya memerlukan bantuan untuk mandi, orang ramai terpaksa menyediakan makanan untuk saya,” tambahnya.

Bukan itu sahaja, selain itu, dia turut mengalami kesan sampingan luar biasa berikutan trauma iaitu kehilangan semua rambutnya.

Barnett, yang kini telah menjalani vaksinasi COVID, berkata dia hampir pulih sepenuhnya daripada penyakit itu tetapi kekal lesu sepanjang masa.

 

Sumber: [1]